Kesedaran berkenaan penjagaan kesihatan gigi semakin meningkat dari hari ke hari. Sama juga dengan harga braces klinik pergigian yang sering menjadi persoalan kepada orang ramai untuk membaiki kedudukan gigi mereka.
Perkara ini juga menjadi top ranking carian di Google. Antara carian yang dilakukan adalah:
- Harga pasang braces kerajaan
- Harga pemasangan braces Malaysia
- Harga braces di klinik kerajaan
- Harga braces klinik kerajaan
- Harga braces klinik swasta
- Harga braces gigi
- Braces gigi harga
- Klinik gigi braces murah
.
Kami di Stellar Dental sangat teruja melihat carian di Google ini kerana ia membuktikan semakin ramai yang mulai sedar dan peka akan penjagaan kesihatan gigi. Jom kami kongsikan kepada anda harga braces di klinik pergigian swasta dan kerajaan.
Harga Braces Gigi Klinik Kerajaan
Klinik pergigian kerajaan menawarkan harga serendah RM500 untuk pemasangan braces. Anda hanya perlu menambah sekitar RM100 atau RM200 sahaja untuk rawatan tambahan jika berlaku sebarang kekangan.
Subsidi yang diberikan kerajaan sangat membantu kos rawatan perubatan pergigian di Malaysia. Harga di setiap klinik kerajaan juga adalah sama sahaja. Anda hanya perlu membuat temujanji dan menunggu dengan penuh sabar untuk rawatan anda.
Harga Braces Gigi Klinik Swasta
Klinik pergigian swasta menawarkan harga bermula dari RM4000 sehingga RM25000 untuk pemasangan braces mengikut jenis yang anda mahukan termasuk dengan rawatan susulan.
Ia agak mahal berbanding klinik pergigian kerajaan tetapi banyak kelebihan yang anda boleh perolehi jika anda memilih untuk mendapatkan rawatan di klinik pergigian swasta. Jom kami kongsikan kelebihan klinik pergigian swasta.
Baca juga: Jenis Braces Gigi Di Klinik Swasta
Kelebihan Pemasangan Braces Di Klinik Pergigian Swasta
Anda pasti hairan, mengapa kos pemasangan braces klinik pergigian swasta paling murah adalah RM4000. Mengapa harganya mahal sangat? Tidak boleh kurang ke? Sebenarnya klinik pergigian swasta telah meminimalkan kos standard pemasangan braces. Tetapi jangan risau, pasti anda akan rasa berbaloi selepas mendengar kelebihan yang kami akan kongsikan ini.
1. Proses Pemasangan Yang Pantas
Kelebihan yang pertama adalah proses pemasangan braces adalah lebih pantas berbanding klinik pergigian kerajaan. Anda tidak perlu menunggu lama untuk proses pemasangan di klinik pergigian swasta kerana klinik pergigian swasta telah mengehadkan pelanggannya setiap hari.
Tempoh masa selepas temujanji untuk pemasangan anda juga akan menjadi lebih singkat kerana jumlah pelanggan yang berkunjung ke klinik pergigian swasta juga kurang dari klinik pergigian kerajaan.
2. Mempunyai Hak Untuk Memilih
Anda akan diberikan hak untuk memilih di klinik pergigian swasta. Ada sesetengah individu yang mementingkan penampilan dan mempunyai kriteria tertentu dalam pemilihan sesuatu perkara atau benda.
Di klinik pergigian swasta, anda diberikan kebebasan untuk memilih jenis braces pilihan anda dan tona warna yang anda mahukan. Mengikut dari prosedur pemasangan braces klinik pergigian swasta, anda perlu mendapatkan pemeriksaan gigi terlebih dahulu sebelum proses pemasangan braces dijalankan.
Ini bagi memastikan setiap bahan yang diperlukan dan permintaan pelanggan dapat ditunaikan. Anda juga akan diberi sedikit nasihat dalam pemasangan braces untuk memberikan keberkesanan yang terbaik untuk kesihatan pergigian anda.
3. Temujanji Yang Mudah
Pemakaian braces pada awalnya perlukan pemantauan yang lebih untuk kesejahteraan kesihatan pergigian anda. Anda akan diberi kebebasan untuk memilih masa dan tarikh temujanji untuk rawatan susulan seterusnya.
Anda juga boleh membuat sebarang pertukaran tarikh dan masa jika mempunyai kecemasan yang menyebabkan anda tidak dapat hadir pada hari tersebut. Anda hanya perlu membuat panggilan atau mengubah temujanji anda secara online sahaja.
Sistem temujanji online klinik pergigian membuatkan ramai yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik pergigian swasta. Waktu operasi setiap hari juga membuatkan anda boleh memilih masa dan tarikh dengan mudah.
Kami di Stellar Dental juga merupakan salah satu klinik pergigian swasta yang mementingkan keselesaan pelanggan untuk berurusan. Kami sangat berbesar hati untuk menjadi doktor gigi penjaga kesihatan gigi anda.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan harga braces. Semoga perkongsian ini membantu anda.