Beza Braces Self-Ligating VS Braces Conventional

In this article

In this article

Braces self ligating dan braces conventional, apa bezanya?

Braces self ligating dan braces conventional merupakan jenis-jenis braces yang biasa ditawarkan di klinik-klinik pergigian seluruh Malaysia. Braces atau pendakap gigi adalah sejenis rawatan untuk menyelaraskan kedudukan gigi sama ada dengan meluruskan atau menutup sebarang celah antara gigi.

Gigi anda boleh bergerak dari kedudukan asalnya jika terdapat tekanan dari luar atau tekanan daripada gigi baru yang tumbuh di sekelilingnya. Penggunaan pendakap gigi boleh menambah baik kedudukan gigi anda dan menyusun semula gigi anda untuk menjadikan senyuman anda lebih cantik.

Braces self ligating atau juga dikenali pendakap ikatan sendiri mempunyai fungsi yang sama seperti pendakap konvensional. Walau bagaimanapun, dalam artikel ini kami akan berkongsi lebih lanjut tentang perbezaan antara braces self ligating dan braces conventional.

Baca juga: Pakej braces Klinik Gigi di Kota Damansara

Perbezaan braces self-ligating dan conventional

Terdapat beberapa perbezaan antara braces self ligating dan braces conventional. Ramai yang masih keliru antara keduanya kerana pada mata kasar mereka kelihatan serupa. Jom lihat perbezaannya.

1. Rekaan braket khas

self ligating braces vs conventional braces
Gigi dengan braces self ligating.

Braces self ligating menggunakan pendakap yang direka khas yang hanya menggunakan klip untuk memegang wayar yang mengikat pendakap. Kecanggihan teknologi masa kini telah berjaya menghasilkan satu inovasi yang menarik.

Anda tidak memerlukan getah elastik untuk mengikat wayar pada pendakap. Tiada lagi masalah getah elastik tercabut atau patah apabila memakai pendakap.

2. Lebih selesa

Penggunaan braces self-ligating adalah lebih selesa berbanding braces conventional. Ia dikatakan tidak akan memberikan kesakitan yang berlebihan kepada pemakainya selepas pemasangannya. Ini menjadikan lebih ramai orang berminat untuk menggunakannya.

3. Tempoh rawatan lebih singkat

Proses pemasangan dan rawatan susulan braces self ligating adalah lebih pendek daripada braces conventional. Dengan kemudahan menggunakan klip sebagai pemegang wayar, proses membuka dan menutup pendakap menjadi lebih mudah.

Rawatan susulan selepas pemasangan pendakap gigi juga kurang. Anda tidak perlu  memeriksa pendakap gigi anda di klinik pergigian setiap bulan.

4. Lebih mudah dibersihkan

self ligating braces vs conventional braces
Membersihkan braces self ligating.

Penggunaan klip telah memudahkan pemakai untuk membersihkan pendakap. Anda hanya perlu membersihkan pendakap dan wayar pengikat tanpa sebarang komponen tambahan lain.

Selain itu, braces self ligating juga menggunakan sistem mekanisme pintu yang berfungsi untuk memastikan sambungan wayar pengikat sentiasa utuh dan kuat di antara gigi anda.

Ini pada masa yang sama boleh mengurangkan geseran antara wayar ikatan dan pendakap sambil menjadikan proses penjajaran semula gigi anda lebih berkesan. Kecekapan yang lebih tinggi akan membantu anda mendapatkan hasil yang lebih cepat.

Beza harga braces self-ligating dan conventional

Kos memasang braces self ligating adalah lebih tinggi sedikit daripada braces conventional. Ini disebabkan oleh teknologi yang digunakan dan kemudahan pemasangannya yang menjadikannya lebih berharga.

Walaupun kosnya lebih tinggi, harga braces self-ligating masih mampu milik. Dengan kemudahan dan kelebihan berbanding braces conventional, pastinya harganya berbaloi.

Satu faktor penentu harga braces self ligating ialah struktur gigi anda. Keadaan gigi yang lebih kompleks cenderung memerlukan rawatan yang lebih lama yang mengakibatkan kos yang lebih tinggi.

Baca juga: Pakej braces Klinik Gigi di Setia Alam

self ligating braces vs conventional braces
Dr Alyssa dengan pesakit braces self ligating.

Kami di Stellar Dental menawarkan perkhidmatan rawatan pemasangan braces self-ligating berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Berminat untuk mengetahui tentang kes khusus anda, tempah perundingan percuma hari ini.

Sekian sahaja perkongsian kami berkenaan braces self ligating vs braces conventional. Semoga perkongsian ini dapat membantu dan menambahkan sedikit pengetahuan tentang penjagaan kesihatan pergigian anda. Semoga bermanfaat.

Like this article? Share it!