tidur gigi bunyi

Tidur Gigi Bunyi: Jangan Ambil Ringan

In this article

In this article

Gigi bunyi ketika tidur adalah situasi yang agak pelik. Tidur gigi bunyi adalah kondisi yang tidak asing lagi dalam dunia rawatan pergigian. Keadaan ini sering ditanyakan oleh orang ramai kepada doktor gigi. Adakah ia merupakan penyakit kronik atau petanda bahawa anda mempunyai saraf yang bermasalah?

Jom kami terangkan kepada anda mengenai masalah tidur gigi bunyi ini. Jangan risau, ia hanyalah satu kondisi yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Ia bukanlah dalam kategori penyakit yang kronik dan serius.

tidur gigi bunyi

Bagaimana tidur gigi bunyi berlaku

Bunyi yang dihasilkan dari dalam mulut anda terjadi apabila anda mengetap gigi anda atau dalam Bahasa English “Teeth clenching” / “teeth grinding”. Terma saintifiknya pula dikenali sebagai Bruxism. Bruxism ini dikategorikan kepada dua iaitu semasa anda sedar (awake bruxism) ataupun semasa anda sedang tidur (sleep bruxism).

Tidur gigi bunyi dikategorikan sebagai salah satu daripada masalah gangguan tidur. Ia juga dikatakan menjadi sebab utama anda mengalami masalah gangguan tidur yang lain seperti dengkur dan sleep apnea.

Bunyi yang sederhana tidak memerlukan rawatan. Tetapi, bagi sesetengah orang yang mengalami masalah ini dengan serius, kesan utama yang mereka akan hadapi adalah sakit kepala, kerosakan gigi dan lain-lain.

Baca juga: Scaling Gigi Untuk Gigi Bersih Dan Nafas Segar

Punca tidur gigi bunyi

Kajian mengenai punca-punca utama mengapa dan kenapa gigi anda bergerak dengan sendiri ketika tidur ini masih lagi tidak meluas. Lebih banyak kajian yang bersifat menyeluruh diperlukan bagi mengenal pasti punca berlakunya masalah ini. Namun, sesetengah saintis perubatan berpendapat bahawa ia mungkin disebabkan oleh:

  • Genetik
  • Psikologi

Kebanyakan masa anda tidak sedar bahawa anda mengalami masalah tidur gigi bunyi ini. Jadi, beberapa simptom-simptom awal ini akan memberi petunjuk sama ada anda mengalami masalah ini atau tidak. Simptom-simptomnya adalah seperti berikut:

  • Enamel gigi bermasalah
  • Gangguan tidur yang kronik
  • Sakit kepala
  • Sakit gigi yang melampau
  • Gigi merasa lebih sensitif
  • Masalah rahang yang serius

Rawatan tidur gigi bunyi

Kebiasaannya, doktor gigi akan menyarankan anda yang mengalami masalah ini untuk mula memakai mouth guard atau night guard untuk mengawal pergerakan gigi ketika anda tidur.

Selain itu, pemakaian mouth guard atau night guard ini akan mengurangkan tekanan gigi ketika clench dan grind semasa tidur. Mouth guard ini akan bertindak sebagai penghalang untuk gigi atas dan bawah anda bertemu semasa clench dan grind.  

Alternatif ini mampu mengurangkan risiko anda untuk mendapat komplikasi dan masalah gigi yang lain. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat, ia mungkin membawa kepada masalah yang lebih besar. Harga night guard ini hanya dalam lingkungan rm400 sahaja.

tidur gigi bunyi

Baca juga: Braces Gigi: Jenis Dan Harga Di Klinik Swasta

Bila anda patut dapatkan rawatan?

Bagi kami, pemeriksaan bersama-sama doktor gigi ini perlu dijadikan rutin bulanan bagi setiap individu. Ditambah pula sekiranya anda berasa ragu-ragu tentang masalah kesihatan gigi anda dan tidak pasti apa yang perlu anda lakukan.

Bagi kondisi tidur gigi bunyi ini, sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti apa yang telah kami kongsikan di atas, maka konsultasi doktor gigi adalah disarankan bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang tahap keseriusan masalah anda. 

Pandangan menurut Islam

Menurut pendapat sesetengah pakar perubatan Islam, gigi bunyi saat tidur menurut Islam merupakan salah satu daripada petanda bahawa individu tersebut sedang mengalami gangguan daripada jin.

Bukanlah tujuan kami untuk membuatkan anda terlalu taksub dengan perkara-perkara mistik. Tujuan kami adalah lebih kepada berkongsi kerana terdapat sesetengah masalah berkaitan kesihatan termasuklah kesihatan pergigian tidak dapat disembuhkan dengan rawatan yang ada.

Jika ia berterusan, tiada salahnya untuk anda mendapatkan pandangan daripada pakar perubatan Islam untuk mencuba alternatif yang lebih bersifat kerohanian. Namun, kebanyakan masanya, ia memang berpunca daripada masalah yang disebabkan oleh tubuh badan individu itu sendiri.

Baca juga: 8 Cara Hilangkan Sakit Gigi Di Rumah

Akhir kata

Kami di Stellar Dental turut memberikan konsultasi kepada para pelanggan dan pesakit kami yang mengalami masalah tidur gigi bunyi. Konsultasi diberikan akan membantu mengurangkan masalah yang dihadapi secara psikologi dan kesihatan.

Setakat itu sahaja perkongsian kami untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang masalah berkenaan kesihatan pergigian, kami sangat mengalu-alukan anda untuk segera menghubungi kami. Kami akan cuba untuk membantu anda sebaik mungkin.

Like this article? Share it!