fbpx

Fluorida Topikal – Atasi Masalah Gigi Reput

topical fluoride

Topical fluoride merupakan salah satu kategori di dalam fluoride atau dalam Bahasa Melayu yang dikenali sebagai fluorida bersama-sama dengan systemic fluoride. Florida merupakan elemen mineral yang berada di dalam air.

Ia juga tidak asing dalam dunia perubatan kesihatan pergigian. Ia merupakan salah satu komponen penting dalam ubat gigi untuk membantu dalam memastikan gigi anda tidak mudah mereput.

Punca Gigi Mudah Reput

topical fluoride

Pereputan gigi atau tooth decay merupakan masalah yang sering dialami oleh orang dewasa termasuk juga kanak-kanak. Disebabkan itulah, ibubapa perlu memastikan kanak-kanak menggunakan ubat gigi untuk memberus gigi sejak bermulanya pertumbuhan gigi.

Kandungan bakteria yang tinggi di kawasan permukaan gigi akan menjadi punca utama pereputan gigi. Pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan karbohidrat dan gula juga akan membantu pertumbuhan bakteria di permukaan gigi.

Pertumbuhan bakteria akan akan bertukar menjadi asid yang berbahaya sehingga menyebabkan proses pereputan pada bahagian gigi menjadi semakin cepat. Masih ramai yang tidak sedar kepentingan ubat gigi selain daripada memutihkan gigi.

Hubungan Ubat Gigi dan Fluorida Topikal

Apa sebenarnya topical fluoride ini? Seperti yang kami terangkan pada awal artikel, ia adalah komponen yang ada di dalam ubat gigi anda. Akan tetapi, masih ramai yang keliru apabila membuat carian berkenaan topical fluoride.

Ubat gigi merupakan salah satu topical fluoride application yang berada di dalam kategori self-applied topical fluoride. Kebanyakan ubat gigi yang berada di pasaran telah mengandungi bahan ini secara mencukupi.

Selain daripada ubat gigi, sesetengah bahan untuk berkumur juga mengandungi topical fluoride seperti Listerine, Mu’min Max Oral care dan banyak lagi. Ini bagi memastikan gigi anda berada pada tahap kesihatan yang terbaik. 

Anda disarankan untuk sentiasa menggosok gigi 30 minit selepas makan atau berkumur menggunakan bahan kumur yang diyakini sebagai rutin dalam kehidupan harian anda. 

Bakteria yang berada di permukaan gigi dengan lama akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk gigi anda mereput. Rutin ini sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.

Jika anda inginkan kesan yang lebih tinggi, anda boleh melakukan kedua-dua perkara tersebut. Selepas anda menggosok gigi, anda boleh tunggu 30 minit dan berkumur untuk memastikan keseluruhan kawasan permukaan gigi berjaya dilindungi. Anda tidak disarankan untuk berkumur sebaik sahaja memberus gigi kerana florida yang terdapat di dalam ubat gigi akan bertindak selepas anda memberus gigi. Jadi jika anda terus kumur, anda tidak akan dapat kebaikan florida.

Topical Fluoride Treatment Di Klinik Pergigian

Seterusnya, anda juga boleh mendapatkan rawatan topical fluoride di klinik pergigian. Untuk mendapatkan rawatan di klinik pergigian, ia adalah pilihan kepada anda. Kebiasaannya orang ramai mula mendapatkan rawatan ini apabila gigi sudah mula mereput.

Pereputan gigi yang biasa tidak digalakkan tetapi jika ia sudah melepasi tahap atau berada dalam kategori kronik, anda perlu mendapatkan rawatan segera. Ada juga sesetengah individu yang mendapatkan rawatan ini sebagai satu rutin.

Individu ini akan mengadakan temujanji di klinik pergigian setiap 3 bulan sebagai salah satu aktiviti penjagaan kesihatan pergigian. Anda akan menjalani rawatan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh doktor gigi.

Doktor gigi akan menggunakan topical fluoride varnish untuk disapukan di setiap enamel gigi anda. Ada juga sesetengah klinik pergigian yang menggunakan topical fluoride gel yang akan diletakkan di dalam tray mulut selama 1 minit. 

Kedua-dua bahan tersebut iaitu varnish dan gel akan membantu menguatkan lagi enamel gigi anda. Risiko mereput juga akan berjaya dikurangkan sebelum semuanya sudah terlambat.

Kami di Stellar Dental juga turut menawarkan rawatan topical fluoride untuk penjagaan kesihatan gigi anda. Maklum balas yang kami terima daripada pelanggan juga rata-rata berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Anda boleh terus ke laman web kami untuk membuat tempahan slot temujanji secara online.

Itu sahaja perkongsian kami berkenaan topical fluoride. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam merancang perbelanjaan dalam kesihatan pergigian anda. 

Like this article? Share it!