fbpx

Harga Gigi Palsu – Klinik Pergigian Kerajaan VS Swasta

HARGA GIGI PALSU

Harga gigi palsu sering menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat samada patut buat gigi palsu di klinik pergigian kerajaan atau klinik pergigian swasta. Dalam artikel kali ini, kami di Stellar Dental akan berkongsi beberapa maklumat berkenaan dengan gigi palsu untuk membantu anda membuat pilihan.

Mengikut hasil carian di Google, ramai sebenarnya yang mencari maklumat berkenaan harga gigi palsu. Antara contoh carian adalah:

  • Harga gigi palsu tanam
  • Harga gigi palsu sebatang
  • Harga gigi palsu murah
  • Harga gigi palsu sarung
  • Harga gigi palsu segera
  • Harga gigi palsu terkini
  • Harga gigi palsu depan atas
  • Harga gigi palsu fleksibel

Harga gigi palsu klinik gigi kerajaan

Secara amnya, kos gigi palsu yang ditawarkan di klinik pergigian kerajaan dan swasta adalah berbeza. Seperti yang anda sedia maklum, kerajaan telah memberikan subsidi kepada rakyat Malaysia dalam perubatan pergigian.

Oleh sebab itulah harga gigi palsu klinik pergigian kerajaan adalah lebih murah berbanding klinik pergigian swasta. Caj yang dikenakan untuk membuat gigi palsu bergantung kepada jenis gigi palsu yang anda inginkan.

Klinik pergigian kerajaan menawarkan kos serendah RM10 hingga RM200 sahaja, manakala klinik pergigian swasta akan menelan kos sebanyak RM100 untuk sebatang dan mungkin lebih mahal.

Kualiti gigi palsu antara klinik pergigian kerajaan dan swasta adalah sama sahaja. Perbezaan harga antara kedua-duanya hanya disebabkan oleh masa, permintaan dan sebagainya. Anda tidak diberikan sebarang pilihan di klinik pergigian kerajaan.

Baca juga: Gigi Palsu: Perbandingan Jenis & Proses Di Klinik Swasta

Harga gigi palsu klinik gigi swasta

Jenis

Harga gigi palsu

Gigi palsu separa

1. Akrilik

– Tapak + 1 gigi: RM250

– RM50 untuk setiap tambahan gigi

2. Fleksibel

– Tapak + 1 gigi: RM850

– RM50 untuk setiap tambahan gigi

3. Kobalt Chrome

– Tapak RM900

– RM50 untuk setiap gigi

Gigi palsu penuh

1. Akrilik

– Satu rahang RM900

– Dua rahang RM1800

2. Fleksibel

– Satu rahang RM1500

– Dua rahang RM2900

Baca Juga : Implan Gigi: Harga, Prosedur, Kelebihan & Kekurangan

Sekadar itu sahaja perkongsian kami berkenaan harga gigi palsu dan beberapa maklumat tambahan berkenaan gigi palsu. Stellar Dental juga ada menawarkan perkhidmatan membuat gigi palsu di Kota Damansara dan Setia Alam. Klik butang di bawah untuk temujanji.

Like this article? Share it!