Pemutihan gigi Zoom merupakan salah satu kaedah rawatan pemutihan gigi. Anda mungkin berpendapat bahawa pemutihan gigi Zoom ini adalah sama dengan pemutihan gigi laser. Fungsi kedua-duanya mungkin sama namun sumber dan alat yang digunakan adalah berbeza.
Pemutihan gigi Zoom menggunakan pancaran khas cahaya ultraviolet (UV) untuk mengaktifkan gel pemutihan gigi, manakala pemutihan gigi laser menggunakan laser khas untuk memutihkan gigi anda.
Gel pemutih gigi yang digunakan semasa prosedur pemutihan gigi mengandungi hydrogen peroxide. Fungsi gel pemutih gigi ini adalah untuk memisahkan molekul-molekul berwarna yang melekat di permukaan gigi.
Mendapatkan Rawatan Pemutihan Gigi
Teeth whitening atau pemutihan gigi merupakan rawatan professional yang ditawarkan di klinik pergigian swasta mahupun kerajaan. Rawatan ini dapat membantu mengurangkan masalah perubahan warna pada lapisan enamel dan dentin. Antara punca berlakunya perubahan warna adalah:
- Merokok
- Minuman berkafein (contoh kopi dan teh)
- Pengambilan beberapa jenis ubat secara berterusan
- Proses penuaan
.
Sebelum anda mendapatkan rawatan, anda perlu menjalani pemeriksaan gigi terlebih dahulu. Doktor gigi akan melihat kesihatan gigi dan gusi anda untuk menyesuaikan dengan rawatan yang ingin anda lakukan.
Seterusnya, doktor gigi akan membuat sedikit soal jawab berkenaan kaedah penjagaan mulut dan gaya hidup harian anda. Ini bagi mengetahui punca berlakunya masalah perubahan warna gigi sambil menentukan keberkesanan kaedah pemutihan gigi ini.
Jika ia tidak sesuai untuk pemutihan gigi Zoom, doktor gigi akan menasihatkan kaedah lain untuk rawatan pemutihan gigi anda. Kebiasaannya doktor gigi akan memberi beberapa cara atau petua putihkan gigi seperti produk atau kaedah yang perlu anda lakukan sebelum mendapatkan rawatan pemutihan gigi zoom.
Situasi Yang Membolehkan Pemutihan Gigi “Zoom”
Pemutihan gigi boleh sahaja dilakukan apabila anda mempunyai masalah kekuningan pada bahagian permukaan gigi. Rawatan ini juga disarankan untuk sesiapa yang bercadang untuk mendapatkan rawatan pergigian kosmetik seperti rawatan veneer dan composite bonding.
Selain itu, anda juga disarankan untuk melakukan pemutihan gigi selepas mendapatkan rawatan pendakap gigi. Ini bagi memastikan gigi anda lebih putih disebabkan kesukaran penjagaan kesihatan gigi semasa memakai pendakap gigi.
Padanan pada struktur permukaan gigi juga dapat disekatakan semula seperti warna gigi semulajadi dan menghilangkan warna bahan yang digunakan. Ia bergantung juga kepada gigi anda dan bukanlah satu kewajipan yang sentiasa disarankan oleh doktor gigi.
Seterusnya, pemutihan gigi tidak akan memberi kesan pada warna gigi anda jika anda pernah melakukan proses crown atau veneer. Untuk sesiapa yang mempunyai tampalan pada gigi juga tidak disarankan untuk melakukan pemutijan gigi Zoom kerana ia tidak memberi kesan kepada tampalan pada gigi.
Kaedah Pemutihan Gigi
Kaedah pemutihan gigi tidak akan mengambil masa lebih daripada satu jam kecuali terdapat beberapa masalah dari segi teknikal yang melambatkan prosedur pemutihan gigi anda.
Anda disarankan untuk melakukan proses pembersihan gigi seperti scaling dan polishing terlebih dahulu. Ini bagi memastikan tiada gangguan plak yang menghalang pancaran cahaya UV pemutihan gigi Zoom terhadap permukaan gigi anda.
Pertama sekali, doktor gigi akan mengambil warna atau shade gigi anda. Gusi akan dilindungi dengan penggunaan gingival protection gel. Kemudian, doktor gigi akan sapukan gel pemutih gigi di permukaan gigi dan gigi anda akan didedahkan pada pancaran sinaran cahaya UV.
Anda akan melakukan prosedur ini sebanyak 3 sesi dan setiap sesi akan mengambil masa selama 15 minit. Gel pemutih gigi akan disapu pada permukaan gigi setiap kali sebelum memulakan sesi pancaran cahaya UV.
Setelah selesai 3 sesi dengan jumlah keseluruhan masa yang diambil adalah 45 minit, permukaan gigi anda akan dibersihkan dan gel sensitivity-reducing fluoride akan disapu pada gigi anda. Anda boleh melihat perbezaan warna pada gigi anda selepas prosedur selesai.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan pemutihan gigi Zoom. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengenal dengan lebih berkenaan pemutihan gigi Zoom. Kami di Stellar Dental juga menawarkan rawatan pemutihan gigi Zoom untuk penjagaan kesihatan gigi anda.
Anda boleh terus klik butang di bawah untuk hubungi kami bagi mendapatkan informasi lanjut.